Menu

Utusan Malaysia

08 February, 2025

Matrix Concepts raikan kanak – kanak berkeperluan khas​

The Story.

SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) meraikan kanak-kanak berkeperluan khas dari tiga buah pertubuhan kebajikan dan organisasi sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Bandar Sri Sendayan di sini semalam.​

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Bahagian Pembangunan Hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad, Tan Sze Chee berkata, ketiga-tiga institusi itu ialah Persatuan Perkembangan Insan Istimewa Seremban (Touch Community), Beautiful Gate Foundation Seremban Centre dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan.​

Jelas beliau, program tersebut adalah bagi mengukuhkan komitmen syarikat untuk memupuk kesejahteraan dalam komuniti.

”Ini juga sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungajawab sosial korporat (CSR) yang berterusan dan kami percaya dalam memperluas semangat kebersamaan kepada semua, terutama kanak – kanak yang memerlukan.

“Mereka mempunyai tempat yang istimewa di hati kami, dan kami mahu mereka merasai kegembiraan sambutan perayaan sama seperti kanak – kanak lain,” katanya. Pada program itu, Matrix Concepts turut menyumbang RM5,000 kepada setiap tiga organisasi tersebut.